Perumpamaan

Perumpamaan tergolong dalam peribahasa berlapis, iaitu mengandungi makna
tersurat dan tersirat.

Terdapat dua bentuk perumpamaan, iaitu:
a) yang menyatakan perbandingan secara terang-terangan
b) dan yang tidak menyatakan perbandingan secara terang-terangan.

Perumpamaan yang menyatakan perbandingan secara terang-terangan didahului dengan kata-kata perbandingan seperti, umpama, bagai, laksana, ibarat dan baik; manakala perumpamaan yang tidak disebutkan perbandingan tidak didahului kata-kata perbandingan tersebut.

Contoh perumpamaan yang disebut perbandingan:
a. seperti katak di bawah tempurung
b. umpama kaca dengan permata
c. bagai pungguk rindukan bulan
d. ibarat air di daun keladi
e. laksana katak diharung ular

Contoh perumpamaan yang tidak disebut perbandingan:
a. Genggam bara api biar sampai jadi arang
b. Diberi betis hendak paha
c. Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain

Scroll to Top

Welcome Students!

Welcome to this new learning experience

IBS-secondary-Logo
×